Story | About | Goodies | Friends
Disclaimer
 photo DSC_0107_526F672Cdddd_zps15f1cb66.jpg

Here, Nad's Adnan Official Blog
Having a Great Day Stalker.

Big Claps
Template: Bubu Lalola
Basecode: Aina Syaza
Editor: Nad's Adnan
shout here
This ! Follow me on

( All Right Reserved | Protected )


Mereka Yang Terindah


nampak gambar dekat atas tu,itulah nenek dan atuk aku :) penjaga aku sejak aku kecil.dari umur aku berapa bulan hinggalah umur aku 14 tahun.wanna know what,aku sayangkan mereka sangat-sangat.mereka jaga aku dengan baik, walaupun hidup mereka kadang-kadang susah dulu. atuk aku cuma peneroka felda

aku ingat lagi,dulu time aku sekolah,atuk dengan nenek aku selalu pergi kebun menoreh getah :) .tapi penat-penat mereka pun, mereka sempat ambil aku dari sekolah,sempat masak sebelum aku balik,semata-mata taknak aku susah, tak nak aku lapar.

korang nak tahu,sebelum aku pergi sekolah,nenek aku selalu masakkan aku nasi goreng + air teh . walaupun sometimes aku makan tak sampai sesuku pun, tapi dia tak pernah penat siapkan sarapan untuk aku. then time darjah 6,nak upsr kan,aku selalu ada class tambahan. lepas jam balik sekolah, aku keluar je dari pagar,aku akan nampak atuk aku tunggu dekat depan.panas ke hujan ke,dia tetap ada sebelum aku keluar.siap bawakan aku bekal untuk makan sebelum kelas tambahan start.then beg sekolah aku dia bawa balik. lepas dia ambil beg sekolah aku, bagi aku bekal,dia balik rumah.bila aku habis kelas nanti,baru dia datang balik ambil aku.dia sanggup ulang alik tanpa kenal erti penat dan susah, semua demi aku :')

dulu,aku nakal weyh :) serius. dulu aku main dengan budak-budak lelaki .dalam group tu aku sorang je perempuan.yang lain semua lelaki. hee :D bila petang je main kejar-kejar,main explores,lubang tikuslah apalah,macam-macam.kawan-kawan lelaki aku semua naik basikal.aku sorang je tak tahu naik basikal.bila dah semua ada basikal,naik basikal. aku pun nak la. normallah kan,budak kecik.lepas tu atuk aku bagilah satu basikal untuk aku.

sekali, dia bagi aku basikal yang tempat duduknya tinggi,aku dahlah pendek.haihhh.sebab nak jugak pandai main basikal,aku belajar lah tiap-tiap hari,sampai aku letih.bertanda-tanda siku and lutut aku,luka sebab jatuh, ada sekali tu,aku jatuh basikal dekat tempat yang sama.( lutut ) sumpah sakit,sampai aku tak boleh nak jalan,bila malam,aku nak pergi bilik air,atuk akulah yang dukung aku turun bawah then dukung aku naik atas balik. nenek dengan atuk aku jugaklah yang urut kaki aku.kalau aku demam,muntah apa semua,mereka jugaklah yang lap,hantar aku pergi klinik.hmm :')


kadang-kadang kalau petang-petang atuk aku selalu pergi kedai.time tu la,aku excited nak ikut,hahahaa. kalau aku tak ikut,sebab sibuk main,atuk aku mesti belikan sesuatu untuk aku :D
manja kan aku ? :) mereka jaga aku macam anak,sedangkan aku cucu mereka je.hmm

tapi tu semua berubah pada tahun 2008,awal bulan 3.time tu aku form 2.pagi tu sebelum aku pergi sekolah,atuk aku pening kepala,tak larat nak bangun.nenek aku yang hantar aku pergi sekolah. tiba-tiba lepas rehat tu,pakcik aku datang ambil aku dekat sekolah,dia cakap atuk aku sakit,tak boleh nak bergerak."Ya Allah" time tu,sumpah risau gilaa"sampai je rumah aku terus pergi dekat atuk.tengok-tengok atuk aku still baring atas katil,aku duduk tepi dia, dia panggil nama aku,nak menitis air mata aku time tu.

hantar pergi hospital slim river,stop dekat kecemasan,atuk aku memang dah lemah sangat. then doctor sahkan dia kena strokberapa hari lepas tu,family aku tukarkan atuk aku ke PPUM. sejak atuk aku sakitlah.aku pindah ke KL,duduk dengan parents aku. bila duduk dengan parents,semuanya berbeza :) sangat berbeza. sekarang umur aku 18 tahun :) ,sejak aku pindah,aku tak dapat rasa,macam mana nenek dan atuk aku jaga aku time aku duduk dengan mereka.cara mereka jaga aku terlalu berbeza.aku tak lagi di beri perhatian, makan minum aku tak terjaga.dan tanggungjawab aku juga bertambah.menjaga 2 orang lagi adik beradik aku. hmm

apa yang aku nak korang tahu,nenek dan atuk aku lebih memahami aku berbanding ibubapa aku :') kasih sayang yang nenek dan atuk aku bagi pada aku,takkan sama dengan kasih sayang ibubapa aku. tapi aku bersyukur,aku masih punya ayah,punya ibu dan adik .walaupun semuanya berubah.aku tetap sayangkan mereka. 

kalau aku boleh buat pilihan masa tu,aku nak stay duduk dengan nenek dan atuk aku.tapi sayang aku takde pilihan.itu semua demi masa depan aku :)








OLD // NEW
Black Moustache